Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sambutan Israk Mikraj Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor

Published: 11 Jun 2014 5.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
IPD Ampang Jaya telah mengadakan majlis sambutan Israk Mikraj pada 30/06/2011bersamaan dengan 28 Rejab 1432H di Dewan Serbaguna IPD Ampang Jaya, Selangor...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-israk-mikraj-peringkat-ipd-ampang-jaya-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:53 MYT

Ampang Jaya, 30 Jun - Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah mengadakan majlis sambutan Israk Mikraj pada hari ini, bersamaan dengan 28 Rejab 1432H di Dewan Serbaguna IPD Ampang Jaya, Selangor.

Penceramah jemputan, Yang Berbahagia Ustaz Amirin b. Bamin, Imam Masjid Al-Ubudiah Taman Tasik Tambahan, Selangor, telah menceritakan kisah-kisah yang telah disaksikan oleh Rasullah S.A.W. semasa melakukan Israk Mikraj dan menghubungkaitkannya dengan apa yang berlaku terhadap umat Islam masa kini khasnya.

Turut Hadir dalam majlis Israk Mikraj, YDH ACP Amiruddin b. Jamaluddin, KPD Ampang Jaya, YDH Supt. Md. Nazri b. Zawawi, T/KPD Ampang Jaya, Pegawai- pegawai Kanan, anggota dan Pegawai Awam IPD Ampang Jaya. Jawatankuasa Surau Al-Azmi berasa cukup puas hati dengan sambutan dan penyertaan Pegawai, APR dan Pegawai  Awam pada kali ini.

Sambutan Israk Mikraj Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
Pendaftaran ...


Sambutan Israk Mikraj Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
Ketibaan YDH ACP Amiruddin bin Jamaluddin, KPD Ampang Jaya disambut oleh YDH Supt. Md. Nazri bin Zawawi, T/KPD Ampang Jaya....


Sambutan Israk Mikraj Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
Pegawai Kanan dan anggota yang turut serta di majlis berkenaan....


Sambutan Israk Mikraj Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
Pegawai Awam IPD Ampang Jaya tidak ketinggalan hadir sama....


Sambutan Israk Mikraj Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
Gambar kenangan bersama Ketua Polis Daerah Ampang Jaya bersama Penceramah Jemputan Sambutan Israk Mikraj peringkat IPD Ampang Jaya, Selangor....


Sumber : Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA)
                Cawangan Hal Ehwal Awam
                IPD Ampang Jaya, Selangor

ArticlePublished 11 Jun 2014 5.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM