Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sambutan Hari Kesedaran Autisme Pusat Autisme Pengaman Pdrm 2026 Perkasa Penerimaan Kefahaman Dan Inklusiviti

Diterbitkan: 18 May 2026 7.21 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.56 PM
Sambutan Hari Kesedaran Austime Pusat Autisme Pengaman-Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2026 yang bertemakan “Penerimaan, Kefahaman, Inklusiviti” menekankan keperluan masyarakat untuk beralih daripada sekadar kesedaran mengenai autisme kepada penerimaan yang lebih tulus, menyeluruh dan inklusif.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-hari-kesedaran-autisme-pusat-autisme-pengaman-pdrm-2026-perkasa-penerimaan-kefahaman-dan-inklusiviti
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 04:57 MYT
 
Sambutan Hari Kesedaran Austime Pusat Autisme Pengaman-Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2026 yang bertemakan “Penerimaan, Kefahaman, Inklusiviti” menekankan keperluan masyarakat untuk beralih daripada sekadar kesedaran mengenai autisme kepada penerimaan yang lebih tulus, menyeluruh dan inklusif.

Sejak ditubuhkan pada Ogos 2020, Pusat Autisme Pengaman-PDRM membuktikan bahawa peranan PDRM melangkaui penguatkuasaan undang-undang dengan turut memperkasa agenda inklusiviti sosial. Melalui pendekatan holistik meliputi intervensi awal, pendidikan, terapi serta sokongan emosi kepada keluarga, pusat tersebut membantu anak-anak autisme mencapai potensi maksimum mereka.

Harapan agar Pusat Autisme Pengaman-PDRM terus berkembang sebagai pusat rujukan utama intervensi autisme di Malaysia dan serantau, sekali gus melahirkan individu autistik yang berdikari, berketerampilan serta berdaya saing.

Ikuti saluran rasmi PDRM untuk maklumat terkini dan sahih:
ArtikelDiterbitkan 18 May 2026 7.21 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.56 PM