Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012

Published: 12 Jun 2014 3.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Diraja Malaysia telah merangkul Johan di Pertandingan Pameran Inovasi dan YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-hari-inovasi-kementerian-dalam-negeri-tahun-2012
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:04 MYT

'Mereka (Pegawai Penjawat Awam) perlu berfikir di luar daripada kotak tentang perkara yang akan mereka lakukan seterusnya untuk bergerak ke hadapan dan bukannya mengatakan bahawa mereka telah melakukan segala yang mungkin'...Dato' Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

oleh : Sjn Zaiddin Dahalan

PUTRAJAYA - 12 Disember 2012. Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012 menjulang tema "Inovasi Pemacu Transformasi KDN" telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri di Auditorium Kompleks D, Putrajaya pada pagi ini.

Bagi merealisasikan matlamat yang terkandung dalam tema tersebut, KDN telah menganjurkan tiga pertandingan iaitu Pertandingan Anugerah Inovasi yang melibatkan 31 penyertaan projek inovasi jabatan dan agensi, Pertandingan Kumpulan Inovasi dan Kreatif yang melibatkan 26 kumpulan dan Pertandingan Pameran Inovasi yang melibatkan 8 jabatan.

Polis Diraja Malaysia telah merangkul Johan di Pertandingan Pameran Inovasi dan YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA telah mewakili PDRM untuk menerima anugerah itu dari YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop.

Unit 7 Pasukan Simpanan Persekutuan, IPD Ipoh Perak, IPD Petaling Jaya dan Briged Utara, PGA telah mewakili PDRM dalam Pertandingan Kumpulan Inovasi dan Kreatif sementara IPK Selangor mewakili PDRM di Pertandingan Anugerah Inovasi.

Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012
Ucapan aluan Y.Bhg Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012
Ucapan perasmian oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012
Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012
Antara yang hadir...

Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012
Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012
Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012
Penyampaian Sijil Penghargaan dan cenderamata...

Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012
YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA telah mewakili PDRM untuk menerima anugerah itu dari YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop.

Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012
Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012
Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012
Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012
Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012
Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012
Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012
Pameran Polis Diraja Malaysia

ArticlePublished 12 Jun 2014 3.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM