Sambutan Aidilfitri Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
Ampang - 23 September 2011
Seluruh
umat Islam di Malaysia telah menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya
Aidilfitri pada 30 Ogos yang lalu setelah sebulan mengerjakan ibadah
puasa dalam bulan Ramadhan. Bulan mulia ini, IPD Ampang Jaya tidak
melepaskan peluang mengadakan sambutan Aidilfitri bagi meraikan seluruh
warganya tanpa mengira bangsa serta agama.
Majlis sambutan kali
ini diserikan dengan kehadiran YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,
Ketua Polis Negara yang turut sudi melapangkan masa walaupun sibuk
dengan kekangan tugas. Turut hadir Majlis petang ini ialah YDH DCP Dato'
Tun Hisan bin Dato' Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, YDH SAC Dato' A.
Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua-Ketua Jabatan Kontinjen
Selangor, Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen Selangor, Wakil
Agensi-Agensi Kerajaan, Swasta dan Wakil-Wakil Media.
Majlis
bermula jam 8.30 malam dihadiri kira-kira 2000 orang Pegawai Kanan Polis
dan Anggota Polis bersama ahli-ahli keluarga, kakitangan awam serta
penduduk-penduduk setempat Daerah Ampang Jaya. Pelbagai juadah istimewa
disediakan oleh Ketua-ketua bahagian, Ketua-Ketua-Ketua Polis Balai dan
Ketua-Ketua Cawangan IPD Ampang Jaya, antaranya lemang, ketupat, satay,
rendang, nasi impit dan kuih-muih. Majlis turut dimeriahkan dengan
persembahan Kumpulan Ghazal dengan dendangan koleksi lagu-lagu terbaik
Hari Raya.
Kemuncak majlis adalah penyampaian sumbangan duit raya
oleh YDH Ketua Polis Negara kepada kanak-kanak yang hadir malam ini.
Majlis berakhir jam 11.30 malam dengan reaksi dan maklumbalas positif
terhadap majlis yang dianjurkan pada tahun ini. Secara amnya, majlis ini
telah mencapai objektif utama iaitu merapatkan hubungan silaturahim dan
memupuk semangat tanpa mengira bangsa serta agama. Objektif
ini bertepatan dengan amanat dan Wawasan 1 Malaysia YAB Perdana Menteri
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman serta makmur menjelang 2020.

Ketibaan YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor

Ketibaan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Dari Kiri... Isteri Dato' Dr. Ma'amor, Puan Sri Hajjah Suriati Md. Sobri dan YDH SAC Dato' Zaleha bt. Abd. Rahman



Antara yang hadir


YDH
DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor bersama
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

YDH ACP Amiruddin b. Jamaluddin, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya bersama Dato' Zaman Khan


YDH
IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, Yang
Berbahagia Dato' Suibu, Pengerusi Pengurup Wang Malaysia menyampaikan
duit raya kepada kanak-kanak yang hadir

Para
tetamu juga dihiburkan dengan persembahan hiburan Kumpulan Ghazal yang
telah mendendangkan koleksi lagu-lagu terbaik Hari Raya

YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempat melawat gerai Kambing Bakar Ketua Polis Balai Ampang


YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara beramah mesra dengan tetamu yang hadir
Teks & Gambar
Cawangan Hal Ehwal Awam
IPD Ampang Jaya, Selangor
Penyunting : Konst. Raymond Martin