Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Salam Takziah Buat Keluarga Mendiang Pesara Koperal Etin Jam

Published: 04 Jun 2024 8.05 AM Updated: 15 Aug 2026 8.11 PM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga mendiang pesara Koperal Etin Jam yang telah meninggal dunia akibat kanser.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/salam-takziah-buat-keluarga-mendiang-pesara-koperal-etin-jam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:10 MYT
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga mendiang pesara Koperal Etin Jam yang telah meninggal dunia akibat kanser.

Mendiang yang berumur 83 tahun meninggal dunia di Hospital Umum Miri, Sarawak, awal pagi tadi dan jenazah mendiang dibawa ke kediamannya di Lot 2708 Spring Riam, Miri, Sarawak untuk penghormatan terakhir.

Pada 6 Julai 1972 atas jasa pengorbanan semasa berkhidmat dalam PDRM, mendiang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-5, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

Sesungguhnya, jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh mendiang Koperal Etin akan sentiasa dikenang sepanjang zaman dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat Pasukan serta negara.

Semoga seluruh ahli keluarga mendiang tabah dan sabar menghadapi ketentuan takdir.

 
ArticlePublished 04 Jun 2024 8.05 AMUpdated 15 Aug 2026 8.11 PM