
Article
Salam Takziah Buat Keluarga Mendiang Pesara Dsp Kenneth James Woodworth
Mendiang merupakan salah seorang Pegawai Kanan Polis dari Cawangan Jenayah Berat, Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang dipilih khas menganggotai "Magn...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga mendiang pesara DSP Kenneth James Woodworth yang telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Mendiang merupakan salah seorang Pegawai Kanan Polis dari Cawangan Jenayah Berat, Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang dipilih khas menganggotai "Magnificent 12" untuk memburu penjenayah terkenal tanah air, Botak Chin suatu ketika dahulu.
Jasad mendiang akan dibawa ke Gereja Holy Rosary, Kuala Lumpur pada 23 Mei sehingga 24 Mei 2022, bermula jam 9.00 pagi sehingga 9.30 malam untuk penghormatan terakhir.
Sesungguhnya, jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh pesara DSP Kenneth James Woodworth akan sentiasa dikenang sepanjang zaman dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat Pasukan serta negara.