
Article
Salam Takziah Buat Keluarga Mendiang Koperal Vimel Jeevan
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia me...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga mendiang Koperal Vimel Jeevan yang meninggal dunia dalam satu kemalangan di Kilometer 9 Jalan Bahau menghala ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Negeri Sembilan setelah selesai menjalankan tugas awal pagi tadi.
Sesungguhnya pemergian mendiang Koperal Vimel merupakan satu kehilangan besar buat Pasukan khususnya warga IPD Jempol.