
Salam Takziah Buat Keluarga Mendiang Asp Aldrin Gonda
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Mendiang ASP Aldrin Gonda yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Arkib Negara, Mentaloon Alor Setar, Kedah, pagi tadi.
Insiden tersebut berlaku semasa mendiang yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, sedang menjalankan tugas Op COVID-19.
Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Tebakang, Sarawak untuk disemadikan.
Sesungguhnya pemergian ASP Aldrin Gonda merupakan satu kehilangan besar buat Pasukan, khususnya warga IPD Kota Setar.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#19042020