Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Salam Takziah Buat Keluarga Mangsa Nahas Helikopter Tldm

Diterbitkan: 23 Apr 2024 7.19 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.17 PM
Seramai 10 orang maut dalam nahas pertembungan dua helikopter model HOM-AW139 dan FENNEC milik TLDM, ketika menjalani latihan raptai sempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/salam-takziah-buat-keluarga-mangsa-nahas-helikopter-tldm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:55 MYT
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi tadi.

Seramai 10 orang maut dalam nahas pertembungan dua helikopter model HOM-AW139 dan FENNEC milik TLDM, ketika menjalani latihan raptai sempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Semoga ahli keluarga mangsa nahas tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan.

ArtikelDiterbitkan 23 Apr 2024 7.19 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.17 PM