Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran Dan Isteri

Diterbitkan: 29 Oct 2019 7.27 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga anggota Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, Selangor, Allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran Samsuddin dan isteri, Allahyarhamah Puan Nurul Ashikin Kamaruddin yang meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/salam-takziah-buat-keluarga-allahyarham-lans-koperal-muhammad-syakiran-dan-isteri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:27 MYT

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga anggota Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, Selangor, Allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran Samsuddin dan isteri, Allahyarhamah Puan Nurul Ashikin Kamaruddin yang meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Kedua-dua mereka meninggalkan seorang anak lelaki berumur 1 tahun 10 bulan.

Semoga roh Allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran dan Allahyarhamah Puan Nurul Ashikin dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah..

Tan Sri Abdul Hamid turut menitipkan nasihat buat warga PDRM agar sentiasa berhati-hati terutama ketika bertugas di lapangan. Pesannya, jalankan tugas dengan penuh amanah namun jangan sesekali abaikan keselamatan diri.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#29102019

Image may contain: 2 people, people smiling, text

ArtikelDiterbitkan 29 Oct 2019 7.27 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM