Sahabat Harta Paling Berharga Di Dunia Ini
Seremban - 3 Disember 2011
"Tiada
mutiara sebening cinta.. Tiada sutra sehalus kasih sayang.. Tiada
embun sesuci ketulusan hati.. Dan tiada hubungan seindah persahabatan..
Sahabat bukan.. Matematika yang dapat dihitung.. Ekonomi yang
mengharapkan materi.. Perlakuan yang dituntut undang-undang.. Tetapi
sahabat adalah Sejarah yang dapat dikenang.. Sahabat bak burung
merpati.. Selalu bersama dalam keluarga inti.. Selalu berbagi saat
jagung berlari.. Meskipun ia pergi, kelak pasti kembali ..."
Begitulah
erti sahabat sejati, harta yang paling berharga di dunia ini. Saat ia
menjadi lebih dari seorang teman, lebih dari seorang keluarga takala
lebih dari seorang kawan.
Malam ini, satu sejarah buat
Pelatih-pelatih Inspektor yang telah menjalani latihan pada tahun 1976,
iaitu Skuad 5 dan 6/76 bertemu kembali di Majlis A Night To Remember, 35 Reunion 5/75 And 6/76, bertempat The Royal Bintang Hotel, Seremban, Negeri Sembilan.
Berkhidmat
selama 35 tahun di dalam PDRM, kalangan mereka kini menjawat jawatan
sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, Timbalan-timbalan Pengarah PDRM,
Timbalan Ketua Polis Negeri, Ketua-ketua Penolong Pengarah dan
Pegawai-pegawai Kanan Polis.
Antara yang hadir malam ini adalah
YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH
DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah KDN/KA
(PGA/Pengurusan/Sempadan/Kawalan Semapadan) selaku Pengerusi
Jawatankuasa Penganjur, YDH SAC Dato' Abd. Manan bin Mohd Hassan selaku
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, YDH Timbalan-timbalan Ketua
Polis Negeri, YDH Ketua-ketua Penolong Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan
Polis, Pesara-pesara Polis Pelatih Inspektor Skuad 5 dan 6/76 dan
Isteri-isteri.
"Saya rasa amat bersyukur sekali kerana pada malam
ini kita sekali lagi dapat bertemu untuk bertanyakan khabar antara satu
sama lain dan saya berharap dengan adanya majlis seumpama ini, hubungan
silatullrahim antara kita akan dapat terus berkekalan. Yang paling
penting adalah, jagalah kesihatan dan pemakanan kita", antara ucapan YDH
Timbalan Ketua Polis Negara mengambarkan senyuman gembira malam itu.
Antara
aturcara pada malam ini adalah persembahan montaj gambar-gambar lama
Skuad 5 dan 6/76, acara bergambar secara bebas dan jamuan. Para hadirin
turut dihiburkan dengan persembahan Kumpulang Band daripada Ibu Pejabat
Polis Seremban.
Ketibaan dan pendaftaran jemputan









Mengimbas kembali gambar berkumpulan Skuad 5 dan 6/76

Turut
hadir, Datin Sri Imran bt. Ibrahim, isteri kepada Timbalan Ketua Polis
Negara merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia bersama Isteri-isteri
Pegawai Kanan yang lain


Persembahan montaj video gambar...

Ucapan daripada YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur


Telatah ACP Syed Mustafa Raja Syed Nordin, Juruacara majlis pada malam itu menghiburkan para tetamu

Ucapan daripada YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Tetamu dihiburkan dengan Kumpulan Band didatangkan khas dari IPK Seremban

Antara menu jamuan pada malam itu
Persembahan bakat nyanyian daripada kalangan rakan Skuad 5 dan 6/76







Tarian Poco-poco dan dangdut antara yang menarik perhatian




Penyampaian cenderahati kenangan






Sesi Bergambar kenangan


Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo