Kuala Lumpur, 22 April – Menjamin mutu disiplin yang tinggi di kalangan generasi baru warga PDRM adalah menjadi teras utama dalam kepimpinan Komandan baharu Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, SAC Zahari Mohd Yusoff.
Bekas Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) itu dilantik secara rasmi sebagai Komandan PULAPOL Kuala Lumpur yang ke-43 di dalam Majlis Terima Tugas yang diadakan dengan penuh istiadat di Dataran Kawad PULAPOL pagi tadi.
Majlis tersebut telah disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan, CP Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun yang mewakili pucuk pimpinan PDRM.
Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Shah Gzali Khan Shahadad, Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan (Pentadbiran) SAC Ruslan Hassan, pegawai-pegawai kanan, anggota pelbagai pangkat dan pegawai awam PULAPOL Kuala Lumpur serta jemputan media.
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Sac Zahari Komandan Ke 43 Pulapol Kl
Menjamin mutu disiplin yang tinggi di kalangan generasi baru warga PDRM adalah menjadi teras utama dalam kepimpinan Komandan baharu Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, SAC Zahari Mohd Yusoff.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sac-zahari-komandan-ke-43-pulapol-kl
Scan to view the latest live version.