Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sac Dato Asmawati Kupas Peranan Polis Wanita Dalam Icwlv

Published: 22 Oct 2019 10.45 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Melaka, 22 Oktober 2019 – Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Dato’ Asmawati Ahmad mengupas peranan dan cabaran pemimpin wanita dalam pasukan keselamatan pada Persidangan Antarabangsa Women Leaders Voices in ASEAN (ICWLV) yang diadakan di Hotel Hatten, di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sac-dato-asmawati-kupas-peranan-polis-wanita-dalam-icwlv
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:09 MYT

Melaka, 22 Oktober 2019 – Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Dato’ Asmawati Ahmad mengupas peranan dan cabaran pemimpin wanita dalam pasukan keselamatan pada Persidangan Antarabangsa Women Leaders Voices in ASEAN (ICWLV) yang diadakan di Hotel Hatten, di sini, hari ini.

Bertemakan topik “Leadership Energy”, Dato' Asmawati yang dijemput sebagai salah seorang panel berkata, tanggungjawab mengetuai sesebuah bahagian bukan suatu tugas yang mudah bagi beliau sebagai pegawai polis wanita.

“Saya melihat ia sebagai cabaran dan dorongan bagi membuktikan ketua dari kalangan wanita juga mampu menjalankan peranan serta tugas yang diamanahkan setanding pegawai lelaki," ujar beliau dalam platform yang julung kali menjemput PDRM untuk turut berkongsi tugas dan peranan para pegawainya.

Jelas beliau lagi, meskipun agensi penguatkuasa utama negara itu didominasi oleh kaum lelaki, PDRM tidak pernah mengamalkan ketidaksamaan jantina (gender bias) dalam kalangan warganya.

“Setiap pegawai dan anggota, baik lelaki mahupun wanita akan diberi penghargaan dan pengiktirafan berdasarkan kejayaan serta pencapaian yang disumbangkan kepada Pasukan,” terang beliau dalam sesi yang dihadiri lebih 100 peserta itu.

Turut serta sebagai panel ialah Managing Partner Fahda & Yuhmadi (FNY), Puan Fahda Nur Ahmad Kamar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur yang merupakan wanita pertama Malaysia dilantik sebagai Presiden Suruhanjaya Sains, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) Paris dari tahun 2015 hingga 2017.

Manakala moderator bagi sesi tersebut dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Global Entrepreneurship Movement Association, Puan Low Ngai Yuen.

Persidangan empat hari bermula 21 hingga 24 Oktober tersebut merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita, yang antaranya membincangkan secara terperinci peranan wanita dalam membuat keputusan bagi jawatan strategik di sektor awam dan swasta.

Image may contain: 3 people
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Dato’ Asmawati Ahmad mengupas peranan dan cabaran pemimpin wanita dalam pasukan keselamatan pada Persidangan Antarabangsa Women Leaders Voices in ASEAN (ICWLV).

 

Image may contain: 1 person
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Dato’ Asmawati Ahmad mengupas peranan dan cabaran pemimpin wanita dalam pasukan keselamatan pada Persidangan Antarabangsa Women Leaders Voices in ASEAN (ICWLV).
 

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and indoor
Sekitar bergambar kenangan di bilik menunggu Hatten 3 sempena Persidangan Antarabangsa Women Leaders Voices in ASEAN (ICWLV).
 

Image may contain: 4 people, people smiling, people on stage and indoor
Managing Partner Fahda & Yuhmadi (FNY), Puan Fahda Nur Ahmad Kamar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur turut serta sebagai panel dalam Persidangan Antarabangsa Women Leaders Voices in ASEAN (ICWLV).
 

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Sekitar sesi soal jawab berlangsung.
 

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting, table and indoor
Sekitar Persidangan Antarabangsa Women Leaders Voices in ASEAN (ICWLV).
 

Image may contain: 15 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan.

ArticlePublished 22 Oct 2019 10.45 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM