Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Pengerusi Sc

Diterbitkan: 22 Oct 2019 8.27 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 22 Oktober 2019 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Syed Zaid Albar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-daripada-pengerusi-sc
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:06 MYT

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2019 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Syed Zaid Albar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.

Intipati pertemuan tersebut antaranya membincangkan mengenai isu jenayah perdagangan dan usaha penguatkuasaan dalam bidang pasaran modal, selain mengeratkan jalinan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan SC.

Hadir bersama, Pengarah Eksekutif, Pengawasan Pemasaran dan Korporat SC, Encik Kamarudin Hashim dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Azizan Abu Taat.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Syed Zaid Albar menandatangani buku pelawat.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang duduk, meja dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Syed Zaid Albar ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Syed Zaid Albar ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Syed Zaid Albar bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan dalaman
Bergambar kenangan.
ArtikelDiterbitkan 22 Oct 2019 8.27 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM