Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sac Adzaman Mohd Jan Komander Briged Tengah Pga Baharu

Published: 17 Aug 2016 8.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
SAC Adzaman bin Mohd Jan yang merupakan SAC Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) sebelum ini menggantikan SAC Shafie bin Ismail sebagai Komander Briged Tengah PGA, manakala SAC Shafie bin Ismail pula mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh SAC Adzaman Mohd Jan di KDN/KA.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sac-adzaman-mohd-jan-komander-briged-tengah-pga-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:08 MYT

Cheras, 16 Ogos 2016 – SAC Adzaman bin Mohd Jan memulakan tugas sebagai Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan AM (PGA) Cheras yang baru berkuatkuasa 16 Ogos 2016. 

SAC Adzaman bin Mohd Jan yang merupakan SAC Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) sebelum ini menggantikan SAC Shafie bin Ismail sebagai Komander Briged Tengah PGA, manakala SAC Shafie bin Ismail pula mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh SAC Adzaman Mohd Jan di KDN/KA. 

Majlis Serah Terima Tugas tersebut berlangsung di Dewan Perdana, Tingkat 1, Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, disaksikan oleh YDH DCP Dato’ Azman bin Yusoff. 

Turut diadakan adalah Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP Briged Tengah PGA diantara Puan Nor Ani Sah binti Othman kepada Puan Rosnah binti Abd Rahman dengan disaksikan oleh Datin Fatimah binti Ismail, Naib Pengerusi PERKEP II, Jabatan KDNKA.

Sac Adzaman Mohd Jan Komander Briged Tengah Pga Baharu
Sekitar sesi tandatangan dokumen serah terima tugas di antara SAC Adzaman bin Mohd Jan dan SAC Shafie bin Ismail di Dewan Perdana, Tingkat 1, Ibu Pejabat Briged Tengah PGA dengan disaksikan oleh YDH DCP Dato’ Azman bin Yusoff (Tengah)..

Sac Adzaman Mohd Jan Komander Briged Tengah Pga Baharu
Sekitar sesi pertukaran dokumen serah terima tugas di antara SAC Adzaman bin Mohd Jan dan SAC Shafie bin Ismail di Dewan Perdana, Tingkat 1, Ibu Pejabat Briged Tengah PGA dengan disaksikan oleh YDH DCP Dato’ Azman bin Yusoff (Tengah)..

Sac Adzaman Mohd Jan Komander Briged Tengah Pga Baharu
Sekitar sesi tandatangan dokumen serah terima tugas Pengerusi PERKEP Briged Tengah PGA di antara Puan Nor Ani Sah binti Othman kepada Puan Rosnah binti Abd. Rahman dengan disaksikan oleh Datin Fatimah binti Ismail, Naib Pengerusi PERKEP 2, jabatan KDN/KA.

Sac Adzaman Mohd Jan Komander Briged Tengah Pga Baharu
Sekitar sesi pertukaran dokumen serah terima tugas Pengerusi PERKEP Briged Tengah PGA di antara Puan Nor Ani Sah binti Othman kepada Puan Rosnah binti Abd. Rahman dengan disaksikan oleh Datin Fatimah binti Ismail, Naib Pengerusi PERKEP 2, jabatan KDN/KA.


ArticlePublished 17 Aug 2016 8.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM