Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rungkai Kes Curi Berangkai

Published: 17 Jun 2014 6.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Remaja berusia 16 tahun itu ditahan setelah dipercayai terlibat dalam kes meleraikan komponen motosikal bersangkut kes kehilangan kenderaan itu pada Mei lalu. Penahanan remaja terbabit akhimya dapat m..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rungkai-kes-curi-berangkai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:14 MYT

Tindakan seorang remaja menanam dua rangka dan satu enjin motosikal bagi mengelak dikesan polis tidak bertahan lama, setelah dia ditahan dalam Op Lejang di rumahnya di Kampung Asam Jawa.

Remaja berusia 16 tahun itu ditahan setelah dipercayai terlibat dalam kes meleraikan komponen motosikal bersangkut kes kehilangan kenderaan itu pada Mei lalu. Penahanan remaja terbabit akhimya dapat menyelesaikan kes kehilangan motosikal sebelum ini seterusnya merungkai kes berangkai yang melibatkan tujuh remaja.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, remaja terbabit mengaku membeli motosikal curi itu dari rakanya dengan harga RM300 sebelum meleraikannya. Kesemua mereka yang terlibat dalam kes itu akan dikenakan tindakan undang-undang kerana memiliki dan meleraikan motosikal curi.

Sumber : Akhbar sinar harian

Rungkai Kes Curi Berangkai

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM