Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Polis Negara
Kuala Lumpur - 27 Oktober 2007 - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Polis Negara telah berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan, Ketua Polis Negara bersama Puan Sri Juriah Dato' Ahmad menyambut sendiri kedatangan para tetamu yang hadir pada majlis itu yang terdiri dari pelbagai golongan masyarakat dan profesion.
Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah, antaranya lemang, ketupat, rendang ayam dan daging, sate, nasi himpit, nasi beriani, mee dan kueh teow goreng, laksa dan kuih muih berserta buah-buahan. Minuman panas dan sejuk juga disediakan seperti teh tarik, nescafee dan kopi, air bandung, soya dan cendol.
Di antara yang hadir ialah Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Tan Sri Abdul Ghani Patail Peguam Negara, Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz Tim. Ketua Polis Negara, Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM dan Ketua-Ketua Polis Negeri.
Hadirin dihiburkan oleh Kombo PDRM, Kumpulan Ghazal Muzium PDRM dan Kumpulan Keroncong dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan, Ketua Polis Negara bersama keluarga memotong kek di Majlis Rumah Aidilfitri Ketua Polis Negara di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.