Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi

Published: 12 Jun 2014 2.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Op Selamat ini turut disertai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JJPJ), Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John's Ambulans, Le..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rumah-selamat-selamat-sampai-ke-destinasi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:09 MYT

Oleh:    L/Kpl Irfan Bujang

GOMBAK, 15 Ogos
- Menjelang musim perayaan, peningkatan jumlah pengguna lebuh raya kepada 3 kali ganda memberikan tafsiran kepada peningkatan risiko berlakunya kemalangan dan atas sebab itu, PDRM dengan teraju daripada ANIH Berhad bersama-sama dengan jabatan dan agensi-agensi lain telah menggembleng usaha dan tenaga dalam merealisasikan objektif Op Selamat yang telah dilancarkan 12 Ogos lalu.

Op Selamat rasionalnya lebih menyeluruh serta memasukkan elemen-elemen tabiat dan sikap yang mempengaruhi atau mendorong keselamatan nyawa dan harta benda dan ini selaras dengan tujuannya untuk mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan sepanjang musim perayaan tidak kira di jalan raya ataupun di rumah.

PDRM telah menetapkan kehadiran polis (omnipresence) melalui konsep 'Ronda dan Statik' di 150 lokasi 'Black Spot' iaitu kawasan yang selalu berlaku kemalangan dan ianya melibatkan pendekatan menggunakan kanopi di R&R dan 'Lay-by' sebagai tempat pertemuan petugas-petugas polis trafik dan agensi-agensi lain.

Op Selamat ini turut disertai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JJPJ), Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John's Ambulans, Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Jabatan Kerja Raya (JKR), PLUS, dan Konsesi-konsesi lebuh raya lain.

Dalam Majlis Berbuka Op Selamat di Plaza Tol Gombak Lebuhraya Pantai Timur pada hari ini, YDH SAC Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, turut hadir dan menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Kasih Nurul Hasanah.

Turut hadir, Y.Bhg Encik Nik Fauzi bin Dato' Nik Hussain, Pengarah ANIH Berhad merangkap Jawatankuasa Pengurusan Kumpulan Alloy MTD, Y.Bhg Tuan Haji Rahim Goon, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, wakil-wakil dari agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang turut sama bertugas dalam Op Selamat serta petugas-petugas.

Antara petugas-petugas yang akan berkhidmat sepanjang Op Selamat diadakan
Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi 
Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi

Bacaan doa pembukaan majlis.. 
Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi

Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi
anak-anak yatim yang diraikan...

Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi
ucapan daripada Y.Bhg Encik Nik Fauzi bin Dato' Nik Hussain, Pengarah ANIH Berhad..

Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi
Ucapan daripada YDH SAC Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan...

antara yang hadir...
Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi

Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi
(dari kiri).. Y.Bhg Encik Nik Fauzi bin Dato' Nik Hussain, Pengarah Anih Berhad merangkap Jawatankuasa Pengurusan Kumpulan Alloy MTD, Y.Bhg Tuan Haji Rahim Goon, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia dan YDH SAC Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan..

Penyampaian cenderahati di antara PDRM dan ANIH Berhad..
Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi

Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi
pelepasan para petugas OP Selamat oleh YDH Ketua Trafik Pasukan...

Penyampaian risalah-risalah keselamatan kepada pengguna-penguna lebuh raya...
Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi

Sekitar penyampaian sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim..
Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi

Rumah Selamat Selamat Sampai Ke Destinasi
sidang media...

 

ArticlePublished 12 Jun 2014 2.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM