Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rtes 2022 Kebanggaan Pasukan Timbalan Kpn Berjaya Tamatkan Cabaran Ekuestrian

Published: 13 Feb 2022 6.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Setiu, 13 Februari 2022 - Syabas Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain. Anda kebanggaan Pasukan dan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM)!
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rtes-2022-kebanggaan-pasukan-timbalan-kpn-berjaya-tamatkan-cabaran-ekuestrian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:48 MYT
Setiu, 13 Februari 2022 - Syabas Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain. Anda kebanggaan Pasukan dan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM)!

Dato' Razarudin semalam berjaya menamatkan acara Concours de Reid d' Endurance National (CEN) sejauh 45 kilometer (km) dalam temasya Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) 2022 yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong di sini.

Beliau yang memakai jersi nombor 10 diletakkan dalam Kumpulan A dengan lain-lain atlet endurance PDRM mengharungi cabaran kurang dari masa empat jam bersama kuda kesayangannya, 'Lord Reza'.

Lebih istimewa, beliau yang tiba di garisan penamat sekitar jam 9.30 malam telah mencatatkannya dalam sejarah RTES dan endurance PDRM sebagai Timbalan KPN pertama menamatkan perlumbaan acara berprestij itu.

Menerusi kategori CEN 45km tersebut, para peserta tidak menumpukan kepada kedudukan "ranking", malah ianya lebih kepada ujian buat atlet endurance untuk menamatkan perlumbaan di samping memastikan kondisi kuda mereka sentiasa cergas dan melepasi syarat pemeriksaan sebelum tiba di garisan penamat.

Selain Dato' Razarudin, atlet endurance PDRM yang turut mengambil bahagian ialah Pegawai Pemerintah Unit Berkuda, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), DSP Norhidayah Damanhoori.

Ketika ditemui sejurus selesai acara itu, DSP Norhidayah melahirkan rasa syukur atas kejayaan Timbalan KPN bersama Kontinjen PDRM dalam RTES tahun ini walaupun berdepan cuaca hujan dan gelap di lokasi pertandingan.

"Berazamkan semangat "To Complete is To Win", Timbalan KPN bukan sahaja berjaya mengawal kudanya dari baka "Arabian" mencapai gred A dalam kesemua tapisan pemeriksaan, malah menamatkan perlumbaan di tempat keempat keseluruhan dalam Kumpulan A diiringi anggota PSP, Sarjan Fand Rizan bersama kudanya 'Al-Qawi' di tempat kelima", ujar beliau.

Hadir menyampaikan Sijil Penyertaan kepada para peserta semalam ialah Pengurus Besar RTES, Dato' Che Mat Din Ismail.

Sekalung ucapan tahniah buat Timbalan KPN dan semua atlet endurance PDRM atas kejayaan melakar sejarah cemerlang menerusi pertandingan kuda lasak pada tahun ini.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of 4 people, people standing, horse and outdoors

May be an image of 5 people, people riding horses, people standing, horse, outdoors and text

May be an image of 1 person, standing, horse and outdoors

May be an image of 6 people, people riding horses, people standing, horse and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 1 person, standing, horse and outdoors

May be an image of 1 person, standing, horse and outdoors

May be an image of 2 people, people standing, horse and outdoors

May be an image of 1 person, riding a horse, standing, horse and outdoors
 
 
ArticlePublished 13 Feb 2022 6.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM