Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Operasi Bersepadu Khazanah Senjata Diy Peluru Hidup Membimbangkan

Diterbitkan: 13 Feb 2022 3.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 13 Februari 2022 - Semakin menjadi-jadi. Itu yang berlaku apabila lima laras senapang buatan sendiri dan lebih 50 butir peluru hidup dirampas Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) sejak Januari lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-operasi-bersepadu-khazanah-senjata-diy-peluru-hidup-membimbangkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:32 MYT
Putrajaya, 13 Februari 2022 - Semakin menjadi-jadi. Itu yang berlaku apabila lima laras senapang buatan sendiri dan lebih 50 butir peluru hidup dirampas Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) sejak Januari lalu.

Jumlah itu hampir menyamai angka keseluruhan enam senjata api buatan sendiri dirampas PERHILITAN sepanjang 2021.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, peningkatan mendadak rampasan senjata api dalam tempoh tidak sampai dua bulan pertama tahun ini jelas membimbangkannya.

Menurutnya, berdasarkan rekod, sembilan kes disiasat mengikut Akta Senjata Api 1971 hasil dari operasi dilakukan pihaknya sepanjang 2021.

“Namun sejak Januari 2022 sehingga semalam (kelmarin), PERHILITAN sudah berjaya merampas lima senjata api buatan sendiri dan tiga kes disiasat mengikut Akta Senjata Api 1971.

"Angka rampasan ini mungkin akan terus meningkat berikutan ia tidak dicampur dengan kejayaan rampasan dilakukan pihak polis,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person
ArtikelDiterbitkan 13 Feb 2022 3.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM