Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rondaan Di Lrt Pendekatan Terbaru Polis Selangor

Published: 11 Jun 2014 1.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Kami (Polis Selangor) memandang serius dalam menentukan keselamatan pengguna LRT ini yang mencecah seramai 40 000 hingga 60 000 pengguna sehari dan 300 000 orang pengguna dalam masa sebulan'..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rondaan-di-lrt-pendekatan-terbaru-polis-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:08 MYT

Ampang, 18 Mac 2011 - Ketua Polis Selangor YDH DCP Dato' Hj. Tun Hisan bin Dato' Tun Hamzah pagi tadi telah menghadiri Program Polis Bersama Masyarakat / Community Policing di Ampang Selangor. Beliau yang turut diiringi oleh YDH Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor, dan beberapa Pegawai Kanan dari Urusetia NKRA Bukit Aman serta IPK Selangor.

Ketibaan YDH Dato' Hj. Tun Hisan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka disambut oleh YDH ACP Amiruddin bin Jamaluddin, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya dan sejurus selepas itu beliau menaiki LRT untuk melawat tempat berlangsungnya program di Stesen LRT Ampang. YDH Dato' Hj. Tun Hisan juga sempat berbual dengan pengguna LRT bagi mendapatkan maklum balas berkenaan persepsi mereka terhadap keadaan jenayah semasa.

Semasa memberitahu pada sidang media, YDH Dato' Hj. Tun Hisan menjelaskan bahawa program polis menemui komuniti pengguna LRT ini adalah merupakan kali pertama dibuat di Selangor.

"Kami (Polis Selangor) memandang serius dalam menentukan keselamatan pengguna LRT ini yang mencecah seramai 40,000 hingga 60,000 pengguna sehari dan 300,000 orang pengguna dalam masa sebulan", jelas beliau.

Kebanyakan kes jenayah yang berlaku dalam LRT adalah kes seluk saku yang kebanyakannya dilakukan oleh warga negara asing manakala di luar LRT pula terdapat banyak kes ragut dan sebagainya. Kini Polis Selangor telah mengambil pendekatan yang lebih efektif iaitu dengan menempatkan payung bersama anggota bertugas di beberapa stesen LRT terpilih pada waktu puncak (waktu pergi/balik dari kerja).

Tambah beliau lagi, payung yang digunakan kini mempunyai beacon light di bahagian atas dan ini bagi memudahkan orang ramai melihatnya dari jauh di waktu pagi ataupun malam dan mejanya pula boleh ditukar menjadi papan untuk sekatan jalan raya. Kelengkapan seperti ini akan memudah serta mempercepatkan lagi pihak polis dalam membanteras kegiatan jenayah. PDRM bersama Polis Bantuan (Auxilary Police) Rapid KL akan bersama-sama membuat rondaan di kawasan sekitar stesen mahupun dalam LRT. Sebelum berangkat pulang, YDH Dato' Hj. Tun Hisan sempat melawat beberapa gerai pameran PDRM di sekitar stesen LRT.

Rondaan Di Lrt Pendekatan Terbaru Polis Selangor
YDH Dato' Hj. Tun Hisan bin Dato' Tun Hamzah mendengar maklum balas dari Ahli Rukun Tetangga.

Rondaan Di Lrt Pendekatan Terbaru Polis Selangor
Seorang pengguna LRT memberikan maklum balas tentang jenayah semasa kepada YDH Dato' Hj. Tun Hisan.

Rondaan Di Lrt Pendekatan Terbaru Polis Selangor
Anggota JSJ IPD Ampang Jaya memberikan penerangan kepada YDH Dato' Hj. Tun Hisan.

Rondaan Di Lrt Pendekatan Terbaru Polis Selangor
Gerai pameran Cawangan Trafik IPD Ampang Jaya.

Rondaan Di Lrt Pendekatan Terbaru Polis Selangor
Inilah meja dwi-fungsi yang boleh dijadikan papan bagi Sekatan Jalan Raya (SJR).

Rondaan Di Lrt Pendekatan Terbaru Polis Selangor
YDH Dato' Hj. Tun Hisan berjalan bersama-sama pegawai, anggota dan masyarakat bagi meninjau lokasi sekitar stesen LRT.

Rondaan Di Lrt Pendekatan Terbaru Polis Selangor
Para pengamal media menemuramah YDH Dato' Hj. Tun Hisan.

Berita dan gambar : L/Kpl Baharin

ArticlePublished 11 Jun 2014 1.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM