Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rondaan Bersama Ppm Dan Polair Polda Riau

Published: 30 Oct 2014 12.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Muar, 29 Okt – Rondaan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dan Polisi Air (POLAIR) Polisi Daerah (POLDA) Riau telah dilakukan di sekitar Selat Melaka bagi membincangkan beberapa isu keselamatan antara Malaysia dan Indonesia, awal pagi hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rondaan-bersama-ppm-dan-polair-polda-riau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:23 MYT
Muar, 29 Okt – Rondaan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dan Polisi Air (POLAIR) Polisi Daerah (POLDA) Riau telah dilakukan di sekitar Selat Melaka bagi membincangkan beberapa isu keselamatan antara Malaysia dan Indonesia, awal pagi hari ini.

Menurut Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang antara perkara yang dibincangkan bersama adalah kerjasama dalam menangani jenayah rentas sempadan di perairan Selat Melaka.

“Tujuan rondaan bersama ini adalah mempertingkatkan program kerjasama dua hala untuk mengeratkan persefahaman di antara satu sama lain.

"Selain itu, strategi kerjasama untuk pembanterasan jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dadah dan manusia juga merupakan topik perbincangan antara PPM dan POLAIR,” ujar beliau.

Perjumpaan dan rondaan bersama di Permatang Rupat itu turut dihadiri oleh Kombes Pol Lukas Gunawan, Direktur POLAIR POLDA Riau dan KP Endro dari Konsulat General JB.

Rondaan Bersama Ppm Dan Polair Polda Riau
ArticlePublished 30 Oct 2014 12.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM