Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rokok Dirampas Pemilik Premis Ditahan

Published: 19 Jun 2014 1.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
BALIK PULAU, 19 Februari – Aktiviti penjualan rokok tidak sah berselindung di sebalik kedai kopi berjaya dibongkar oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu dalam satu serbuan ke atas sebuah premis ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rokok-dirampas-pemilik-premis-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:37 MYT

BALIK PULAU, 19 Februari – Aktiviti penjualan rokok tidak sah berselindung di sebalik kedai kopi berjaya dibongkar oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu dalam satu serbuan ke atas sebuah premis di Teluk Kumbar awal pagi tadi.

Ketua Bahagian Operasi / Risik PPM Wilayah Satu, DSP. Rosli Bin Sufian berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 60 tahun dipercayai pemilik premis serta menemui pelbagai jenis rokok putih tidak sah dianggarkan bernilai RM6,860.00 yang disorok di beberapa lokasi dalam premis tersebut.

"PPM akan sentiasa memantau aktiviti penyeludupan dan penjualan rokok tidak sah serta tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang terlibat dengan aktiviti ini," katanya.

Kesemua rampasan dan suspek dibawa ke Markas PPM Batu Uban untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat dibawah seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Rokok Dirampas Pemilik Premis Ditahan
Sumber : Pasukan Polis Marin Pulau Pinang

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM