Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Rokok Bernilai Rm53 Ribu Dirampas

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Serbuan yang diketuai oleh ASP Nordin Osman dilakukan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam dan telah menemui pelbagai jenis rokok kretek yang disimpan di rumah tidak berpenghuni itu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rokok-bernilai-rm53-ribu-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:53 MYT
Muar, 15 April - Sebanyak 529 karton rokok kretek dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua (W2) di sebuah rumah di Jalan Salleh, Johor Bharu tengah hari tadi.

Serbuan yang diketuai oleh ASP Nordin Osman dilakukan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam dan telah menemui pelbagai jenis rokok kretek yang disimpan di rumah tidak berpenghuni itu.

Komander PPM W2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata hasil rampasan dianggarkan bernilai RM 53,020.80 dan tiada sebarang penahanan dilakukan dalam serbuan tersebut.

Hasil rampasan dibawa ke markas PPM W2 dan disiasat dibawah Seksyen 135 (1d) Akta Kastam 1967
Rokok Bernilai Rm53 Ribu Dirampas
ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM