Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rokok Bernilai Rm53 Ribu Dirampas

Published: 19 Jun 2014 3.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Serbuan yang diketuai oleh ASP Nordin Osman dilakukan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam dan telah menemui pelbagai jenis rokok kretek yang disimpan di rumah tidak berpenghuni itu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rokok-bernilai-rm53-ribu-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:37 MYT
Muar, 15 April - Sebanyak 529 karton rokok kretek dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua (W2) di sebuah rumah di Jalan Salleh, Johor Bharu tengah hari tadi.

Serbuan yang diketuai oleh ASP Nordin Osman dilakukan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam dan telah menemui pelbagai jenis rokok kretek yang disimpan di rumah tidak berpenghuni itu.

Komander PPM W2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata hasil rampasan dianggarkan bernilai RM 53,020.80 dan tiada sebarang penahanan dilakukan dalam serbuan tersebut.

Hasil rampasan dibawa ke markas PPM W2 dan disiasat dibawah Seksyen 135 (1d) Akta Kastam 1967
Rokok Bernilai Rm53 Ribu Dirampas
ArticlePublished 19 Jun 2014 3.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM