Rogol Mahkamah Tinggi Tambah Hukuman 10 Tahun 1 Sebatan
Seorang lelaki hanya mampu menundukkan kepala setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman lebih berat terhadapnya iaitu penjara 10 tahun dan sebatan satu kau atas kesalahan merogol seorang remaja bawah umur, enam tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azmi Ariffin memutuskan demikian ketika membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang dljatuhkan oleh Mahkamah Sesyen terhadap Mohd, Hazri Abdul Chafer, 28.
Tertuduh yang berusia 24 tahun ketika kejadian telah mengambil kesempatan atas tahap kematangan mangsa yang pada masa itu baru berusia 13 tahun enam bulan dan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Sumber: Utusan Malaysia