KUALA
TERENGGANU - Angkara terlalu mengikut nafsu, seorang duda kepada tiga
anak sanggup menjadikan gadis bawah umur yang baru dikenali tiga minggu
sebagai pemuas nafsu dengan merogolnya di dalam sebuah kontena di
belakang sebuah stesen minyak di Paka, Dungun, 4 Julai lalu.
Bagaimanapun,
natijah perbuatan terkutuk Jefri Hisham Devandass, 31, dari Kampung
Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu itu terbalas setelah dia dijatuhi
hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini,
semalam.
Hukuman
dijatuhkan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh yang
bekerja sebagai buruh mengaku bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen
376(2)(d) Kanun Keseksaan itu.
Mengikut
pertuduhan, tertuduh pada 4 Julai lalu antara jam 8.45 malam sehingga
jam 9 malam di dalam sebuah kontena di belakang sebuah stesen minyak di
Paka, Dungun didakwa telah merogol seorang gadis bawah umur, 15 tahun 5
bulan.
Bagi
kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen
376(2)(d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima
tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit
kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berdasarkan
fakta kes, tertuduh telah menarik tangan mangsa yang dalam perjalanan
pulang ke rumah dan memaksa masuk ke dalam kontena tersebut lalu
bertindak membuka pakaian mangsa.
Sejurus berbuat demikian, tertuduh telah merogol mangsa di atas katil di dalam kontena tersebut kira-kira lima minit.
Mangsa
berjaya melarikan diri selepas tertuduh beredar dari lokasi kejadian
sebaik sahaja merogolnya dan terus membuat laporan polis di Balai Polis
Dungun dengan ditemani ahli keluarganya.
Laporan
perubatan turut mendapati ada kesan koyakan baru pada kemaluan mangsa.
Rentetan laporan dibuat, tertuduh berjaya ditangkap pada 9 November lalu
kira-kira jam 10.45 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian
Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di
Kampung Kebor Air Manir, di sini.

Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Rogol Dalam Kontena
IKUT NAFSU BINASA : Seorang duda kepada tiga anak sanggup menjadikan gadis bawah umur yang baru dikenali tiga minggu sebagai pemuas nafsu dengan merogolnya di dalam sebuah kontena di belakang sebuah s..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rogol-dalam-kontena
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.