Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rm20 Jemputan Dihidangkan Dengan Pelbagai Jenis Dadah Goyang

Published: 01 Jun 2015 7.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai 51 individu termasuk dua lelaki dan empat gadis bawah umur serta penganjurnya ditahan polis dalam satu parti dadah yang diadakan di tengah ibu kota, Kuala Lumpur kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rm20-jemputan-dihidangkan-dengan-pelbagai-jenis-dadah-goyang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:01 MYT

Seramai 51 individu termasuk dua lelaki dan empat gadis bawah umur serta penganjurnya ditahan polis dalam satu parti dadah yang diadakan di tengah ibu kota, Kuala Lumpur kelmarin.

Parti liar yang dianjurkan di sebuah penthouse di tingkat 44 sebuah kondominium mewah itu menghidangkan pelbagai variasi dadah 'goyang' iaitu methamphetamine, ekstasi, erimin 5 dan amphetamine kepada jemputannya.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, parti liar melibatkan penyalahgunaan dadah ini merupakan satu parti persendirian dan kesemua yang hadir dijemput melalui sistem komunikasi WeChat dan mereka hanya perlu membayar sebanyak RM20 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Rm20 Jemputan Dihidangkan Dengan Pelbagai Jenis Dadah Goyang
ArticlePublished 01 Jun 2015 7.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM