Remaja Tiada Lesen Memandu Cuba Lari Dari Polis Nyaris Rentung
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, remaja berusia 17 tahun itu melarikan diri daripada peronda polis yang menahannya kerana tidak memiliki lesen memandu malah cukai jalan kereta jenis Proton Gen2 milik ibu saudaranya itu juga telah tamat tempoh.
Menurut sumber, peronda polis menemui kereta tcrsebut di Jalan Song dan menahannya untuk membuat pemeriksaan rutin selepas mendapati cerminnya terlalu gelap.
Bagaimanapun, katanya, pemandu kereta berkenaan terus memecut laju meninggalkan polis lalu mengejarnya sebelum terbabas langgar pokok. Akibat daripada itu, kereta itu rentung dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber: Kosmo