Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Remaja Tiada Lesen Memandu Cuba Lari Dari Polis Nyaris Rentung

Published: 18 May 2015 2.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Gara-gara melarikan diri daripada polis, seorang remaja lelaki hampir rentung apabila kereta dipandunya melanggar sebatang pokok sebelum terbakar di Jalan Setia Raja di Kuching, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/remaja-tiada-lesen-memandu-cuba-lari-dari-polis-nyaris-rentung
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:10 MYT

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, remaja berusia 17 tahun itu melarikan diri daripada peronda polis yang menahannya kerana tidak memiliki lesen memandu malah cukai jalan kereta jenis Proton Gen2 milik ibu saudaranya itu juga telah tamat tempoh.

Menurut sumber, peronda polis menemui kereta tcrsebut di Jalan Song dan menahannya untuk membuat pemeriksaan rutin selepas mendapati cerminnya terlalu gelap.

Bagaimanapun, katanya, pemandu kereta berkenaan terus memecut laju meninggalkan polis lalu mengejarnya sebelum terbabas langgar pokok. Akibat daripada itu, kereta itu rentung dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo

Remaja Tiada Lesen Memandu Cuba Lari Dari Polis Nyaris Rentung
ArticlePublished 18 May 2015 2.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM