Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Remaja Samun Solo Masuk Jerat

Diterbitkan: 14 Nov 2014 3.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 14 November - Usia masih muda, namun seorang remaja kaki mabuk berani menyamun beberapa kedai serbaneka 24 jam di sekitar Brickfields bersenjatakan parang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/remaja-samun-solo-masuk-jerat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:03 MYT
Kuala Lumpur, 14 November - Usia masih muda, namun seorang remaja kaki mabuk berani menyamun beberapa kedai serbaneka 24 jam di sekitar Brickfields bersenjatakan parang.

Suspek yang berusia 16 tahun dikesan aktif melakukan rompakan bagi mendapatkan wang tunai, rokok selain minuman keras sejak beberapa bulan lalu.

Malah, dalam kejadian terbaru jam 1.30 pagi Selasa lalu, suspek sekali lagi menyerbu kedai serbaneka 24 jam di Pantai Dalam dl sini, dan merompak empat botol minuman keras, dua kotak rokok dan tiga keping kad tambah nilai.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komi-sioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, suspek yang melarikan diri bagaimanapun muncul semula di premis itu 20 minit kemudian dan meminta mangsa menyerahkan wang runai RM900 yang berada di dalam mesin wang.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Suspek berjaya dikesan berada di kediamannya di Jalan Pantai Dalam dan polis menahan suspek di kawasan itu pada jam 11 pagi, katanya lagi.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Remaja Samun Solo Masuk Jerat
Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 14 Nov 2014 3.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM