Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Remaja Iran Tanam Ganja Depan Rumah

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ampang Jaya - 2 Julai 2009. Tindakan seorang remaja Iran menanam pokok ganja di depan rumahnya mendedahkan kegiatan sindiket pengedaran dadah antarabangsa dianggotainya, apabila polis menemui sejumlah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/remaja-iran-tanam-ganja-depan-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:13 MYT

Ampang Jaya - 2 Julai 2009. Tindakan seorang remaja Iran menanam pokok ganja di depan rumahnya mendedahkan kegiatan sindiket pengedaran dadah antarabangsa dianggotainya, apabila polis menemui sejumlah dadah serta wang tunai yang semuanya dianggarkan bernilai lebih RM800,000 ketika serbuan di Apartmen Sri Ampang di sini, Selasa lalu.

Remaja berusia 16 tahun itu bersama rakannya, warga Pakistan berusia 22 tahun turut ditahan ketika cuba melarikan diri ketika polis menyerbu rumah berkenaan jam 4.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata polis menerima laporan remaja terbabit menanam tumbuhan mencurigakan di dalam pasu di depan rumah.

"Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan, polis menemui 2.7 kilogram syabu dianggarkan bernilai lebih RM500,000, wang tunai RM308,000 dan sejumlah barang kemas dipercayai dicuri bernilai RM5,000 disembunyikan di dalam bilik remaja terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati remaja yang tidak mempunyai dokumen sah terbabit menetap di rumah itu bersama ibunya sejak lima tahun lalu, manakala warga Pakistan yang mempunyai pas lawatan sosial itu tinggal di tempat lain.

Kedua-duanya yang positif dadah itu dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa berikutan penemuan wang tunai dan dadah dalam jumlah besar.

"Kita masih menyiasat kegiatan kedua-dua suspek ini, termasuk berapa lama mereka sudah beroperasi, selain siapa lagi di sebalik kegiatan itu," katanya.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM