Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Remaja Edar Pil Kuda

Published: 10 Sep 2014 8.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sindiket dadah yang menyasarkan pelajar daripada keluarga miskin dengan menjanjikan pendapatan lumayan untuk merekrut mereka sebagai pengedar dadah, khususnya pil kuda.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/remaja-edar-pil-kuda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:41 MYT
Kota Bharu, 10 Sept - Sindiket dadah yang menyasarkan pelajar daripada keluarga miskin dengan menjanjikan pendapatan lumayan untuk merekrut mereka sebagai pengedar dadah, khususnya pil kuda.

Sindiket menjadikan mereka yang sudah tamat sekolah dan tidak bekerja sebagai sasaran, namun kini tindakan mereka lebih berani sehingga sanggup masuk ke sekolah untuk tujuan berkenaan.

Sepanjang tempoh lima bulan pertama tahun ini, Polis Kelantan menahan 1,747 individu yang berusia 23 tahun ke bawah yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar. 

Justeru itu, pihaknya melancarkan Ops Jala dan Ops Tapis bagi membanteras kegiatan pengedaran dadah tersebut. Ops Jala adalah bagi mengenal pasti sindiket dadah yang besar bergiat aktif di negeri ini manakala Ops Tapis pula memfokuskan pengedar dadah yang bergiat secara kecil-kecilan dan penagih dadah di sekitar kawasan kampong.

Sumber: Berita Harian

Remaja Edar Pil Kuda
ArticlePublished 10 Sep 2014 8.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM