Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Remaja Dicekup Intai Isteri Orang Di Tandas Masjid

Diterbitkan: 28 Apr 2015 6.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 28 April - Seorang remaja dicekup ketika leka mengintai seorang wanita di dalam sebuah tandas masjid di Kampung Bukit Tok Beng di sini, Ahad lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/remaja-dicekup-intai-isteri-orang-di-tandas-masjid
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:09 MYT

Kuala Terengganu, 28 April - Seorang remaja dicekup ketika leka mengintai seorang wanita di dalam sebuah tandas masjid di Kampung Bukit Tok Beng di sini, Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata insiden pada pada 1.30 tengah hari itu telah disedari suami wanita berkenaanyang terlihat seorang remaja lelaki masuk ke tandas wanita.

Katanya, curiga dengan tindakan remaja terbabit, suami wanita yang bekerja sebagai jurukimpal itu mendekati tandas wanita tersebut sebelum melihat suspek yang berusia 18 tahun itu sedang meniarap di atas lantai tandas berkenaan.

"Berang dengan perbuatan itu, jurukimpal tersebut terus menangkap remaja terbabit kerana dipercayai mengintai isterinya yang berusia 21 tahun sebelum diserahkan kepada pihak polis," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Wan Abdul Aziz berkata remaja yang bekerja sebagai buruh itu ditahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) dan boleh didenda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 28 Apr 2015 6.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM