Melaka - 23 Julai 2011
Pencegahan
jenayah adalah mekanisme terbaik dalam menjana suasana selamat, aman
dan sejahtera. Masyarakat khasnya generasi remaja dan belia merupakan
pemangkin ke arah strategi itu. Golongan remaja dan belia yang memiliki
keperibadian yang berintegriti, bermoral dan beretika akan mampu
mencipta 'alaf baru' yang dapat meneruskan kelestarian dalam
memartabatkan agama, bangsa dan negara.
Sehubungan dengan itu, Majlis Pelancaran Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 bertemakan 'Remaja Bersatu Memerangi Jenayah' telah berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC),
Ayer Keroh, Melaka pada pagi ini merupakan madah serta manifestasi
kerajaan dalam usaha merencanakan kemantapan jati diri remaja dan belia
yang mampu bersaing di persada pembangunan antarabangsa.
Majlis
Perasmian Pelancaran Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011
telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd
Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia selaku Pengerusi Yayasan
Pencegahan Jenayah Malaysia.
Turut
hadir, YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam
Negeri, YAB Dato' Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri
Melaka, Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi 1 Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia, YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara dan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis
Negara.
Hadir
sama ialah YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan
Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, YDH CP Dato' Mohamad
Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter
Terrorism) PDRM, YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye, Ketua
Polis Melaka, YDH Dato'-Dato' Ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai Kanan
Polis, tetamu jemputan dan wakil-wakil media.
Majlis Pelancaran Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011, 'Remaja Bersatu Memerangi Jenayah'
adalah anjuran bersama kerajaan negeri Melaka, Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Melaka. Di antara
objektif utama program ini ialah menyemai kesedaran dan pemahaman di
kalangan masyarakat khasnya remaja, mengenai tanggungjawab dalam konteks
pencegahan jenayah, membentuk nilai kendiri generasi remaja dan belia
membendung serta mengelakkan diri dari terlibat dengan jenayah dan
masalah sosial dan menggalakkan penyertaan generasi remaja dan belia
dalam aktiviti Rakan Cop (Community Oriented Policing).
Program ini turut mengadakan ekspo keselamatan dan pameran dari pelbagai agensi kerajaan di ruang legar Melaka International Trade Centre. Program turut menyediakan sesi Pembentangan Kertas Kerja 1 bertajuk "Pilih Derita Atau Bahagia" oleh YDH SAC Dato' Aishah binti Mohammad, Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personal) dan Kertas Kerja 2 bertajuk "Internet Pilihan Di Hujung Jari" daripada
Y.Bhg Encik Rahmat Abu Nong, Timbalan Pengarah Jabatan Digital Forensik
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. Program diakhiri dengan
forum 'Remaja Bersatu Memerangi Jenayah'.
Ketibaan YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Beramah mesra bersama pelatih-pelatih Program Khidmat Negara
Pentas utama...
Ucapan oleh Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi 1 Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
Ucapan oleh YAB Dato' Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka
Ucapan perasmian oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Antara Dato'-Dato' Pegawai Kanan PDRM yang hadir
Gimik Pelancaran...
YAB Timbalan Perdana Menteri menyampaikan Sijil Penghargaan
Penyampaian banner 'Program Lawatan Balai Polis Cemerlang Tahun 2011'
Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye menyampaikan cenderahati kepada YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Cenderahati kepada YAB Dato' Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka
Penyampaian cenderahati kepada YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
Lawatan ke tapak pameran...
Sidang Media...
Konvensyen "Remaja Bersatu Memerangi Jenayah'
Ucapan oleh YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye, Ketua Polis Melaka
Dewan Ballroom MITC dipenuhi oleh remaja dan belia semasa Konvensyen "Remaja Bersatu Memerangi Jenayah'
"Pilih Derita Atau Bahagia",
pembentangan Kertas Kerja oleh YDH SAC Dato' Aishah binti Mohammad,
Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personal) Polis Diraja Malaysia
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Edwind Indo