Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Remaja Bawah Umur Antara Lapan Ditahan Di Disko Haram

Published: 04 Aug 2018 2.20 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Besut, 4 Ogos 2018 - Seorang remaja lelaki bawah umur antara lapan ditahan polis ketika sedang leka berpesta di sebuah ‘disko haram’ di Pulau Perhentian, awal pagi ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/remaja-bawah-umur-antara-lapan-ditahan-di-disko-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:10 MYT

Besut, 4 Ogos 2018 - Seorang remaja lelaki bawah umur antara lapan ditahan polis ketika sedang leka berpesta di sebuah ‘disko haram’ di Pulau Perhentian, awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Kamsani Hassan berkata, remaja berusia 17 tahun itu ditahan bersama-sama enam lelaki berusia 20-an dan seorang wanita 19 tahun dalam Op Bersepadu Pulau Perhentian.

“Turut ditahan seorang wanita berumur 45 tahun yang merupakan pemilik pusat hiburan berkenaan kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan hiburan dan dua bungkus cecair disyaki air ketum di ‘disko haram” itu. - BERNAMA

ArticlePublished 04 Aug 2018 2.20 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM