Polis Berjaya menumpaskan kegiatan pecah rumah penduduk di sekitar Presint 17 dan Presint 18 membabitkan empat remaja dipercayai aktif melakukan perbuatan itu sejak Mac lalu. Modus operandi adalah dengan mensasarkan rumah tidak berkunci serta memasuki kediaman penduduk melalui pintu dapur dan tingkap di bahagian tandas. Kesemua suspek direman sehingga 23 September mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Penduduk yang pernah membuat laporan kes pecah rummah diminta menghubungi talian 03-88862061 bagi tujuan pengecaman barang.

Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro