Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Remaja 16 Tahun Antara Dua Suspek Ditahan Kes Curi Motosikal

Published: 02 Apr 2015 12.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUANTAN : Polis menahan dua suspek termasuk seorang remaja lelaki berumur 16 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan curi motosikal di daerah ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/remaja-16-tahun-antara-dua-suspek-ditahan-kes-curi-motosikal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:32 MYT

KUANTAN : Polis menahan dua suspek termasuk seorang remaja lelaki berumur 16 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan curi motosikal di daerah ini. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata remaja berkenaan dan rakannya berusia 23 tahun ditahan pukul 5 petang dalam serbuan di
sebuah rumah dekat Batu 3, Jalan Gambang di sini, semalam.

"Dalam serbuan tersebut, polis berjaya menemukan sebuah motosikal jenis
Honda Icon dan sebuah chasis motosikal yang dilaporkan hilang baru-baru ini. Ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata polis menahan dua wanita berusia 20-an,
masing-masing berkerja sebagai penjaga kaunter di pusat hiburan beroperasi tanpa
lesen di Jalan Wong Ah Jang di sini awal pagi ini.

Katanya dalam serbuan itu, polis turut merampas pemain cakera padat digital
(DVD) serta pelbagai jenis alat hiburan dan wang tunai RM379 dipercayai hasil bayaran pelanggan yang datang berhibur di kedua-dua premis berkenaan.

Mengikut Seksyen 4 (1) (b) Enakmen Hiburan 1993, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RMM20,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya, katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 02 Apr 2015 12.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM