Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Remaja 15 Tahun Tikam Mati Warga Emas Diberkas Polis

Diterbitkan: 14 Apr 2015 6.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan seorang remaja lelaki yang baru berusia 15 tahun selepas dia disyaki menjadi suspek kes rompak dan bunuh seorang warga emas dengan satu kesan tikaman di bahagian leher kiri, enam di badan dan satu di lengan di Kampung Beringis, Kinarut dekat sini baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/remaja-15-tahun-tikam-mati-warga-emas-diberkas-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:50 MYT
Polis menahan seorang remaja lelaki yang baru berusia 15 tahun selepas dia disyaki menjadi suspek kes rompak dan bunuh seorang warga emas dengan satu kesan tikaman di bahagian leher kiri, enam di badan dan satu di lengan di Kampung Beringis, Kinarut dekat sini baru-baru ini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang pada 7 April lalu, suspek dikatakan telah menikam mangsa yang berusia60 tahun sebelum melarikan kereta Toyota Hilux milik lelaki itu.

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Salehuddin Abd. Rahman berkata, mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan berlumuran darah di tepi kawasan pantai Kampung Beringis.

SUMBER : KOSMO

Remaja 15 Tahun Tikam Mati Warga Emas Diberkas Polis
ArtikelDiterbitkan 14 Apr 2015 6.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM