Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Reka Cerita Diculik Lelaki Menaiki Van Putih Kerana Stress Belajar Apa Nak Jadi Ni Dik

Diterbitkan: 16 Jan 2018 7.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ampang Jaya, 16 Januari 2018 - Pelajar lelaki Tingkatan Satu yang mendakwa diculik tiga lelaki menaiki van putih ketika menunggu bas sekolah di hentian Taman Pandan Indah, dekat sini pada Jumaat lalu, hanya mereka-reka cerita.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/reka-cerita-diculik-lelaki-menaiki-van-putih-kerana-stress-belajar-apa-nak-jadi-ni-dik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:49 MYT

Ampang Jaya, 16 Januari 2018 - Pelajar lelaki Tingkatan Satu yang mendakwa diculik tiga lelaki menaiki van putih ketika menunggu bas sekolah di hentian Taman Pandan Indah, dekat sini pada Jumaat lalu, hanya mereka-reka cerita.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata hasil siasatan mangsa mengaku mengadakan cerita kerana tertekan disuruh untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengurangkan bermain.

Katanya, mangsa turut menarik semula laporan yang dibuat di Balai Polis Pandan Indah.

"Tujuan pengadu mereka-reka cerita kerana tertekan tidak dibenarkan banyak bermain sebaliknya, perlu tumpukan perhatian pada pelajaran.

"Di sini, saya ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak cepat menyebarkan cerita yang tidak tentu kesahihannya kerana ia boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, menerusi laporan polis yang tersebar di media sosial, pelajar itu mendakwa kononnya diculik tiga lelaki menaiki van putih ketika menunggu bas sekolah, kira-kira jam 12 tengah hari.

Gambar yang menjadi viral di media sosial mengenai seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu mendakwa diculik lelaki menaiki van putih di Pandan Indah, Ampang, pada Jumaat lalu.

Ketika berada dalam van itu kira-kira 10 minit, pelajar itu mendakwa menggigit tangan lelaki yang berada di sebelahnya, dipercayai untuk melepaskan diri, sebelum seorang lelaki yang duduk di tempat penumpang depan turun membuka pintu van.

Mangsa kemudian mendakwa menendang lelaki terbabit sebelum melarikan diri ke sekolah menaiki bas henti-henti.

Dia turut mendakwa mendapat kecederaan di tangan akibat terlanggar pintu sekolah.

Sumber: Berita Harian Online

ArtikelDiterbitkan 16 Jan 2018 7.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM