Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Razak Pakar Musnahkan Jerangkap Samar Komunis

Published: 02 Sep 2014 1.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kemerdekaan serta keamanan yang dinikmati hari ini bukan sesuatu yang diperoleh semudah menanam benih jagung di ladang, sebaliknya ia hasil daripada titisan darah serta nyawa pejuang-pejuang terdahulu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/razak-pakar-musnahkan-jerangkap-samar-komunis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:39 MYT

Kemerdekaan serta keamanan yang dinikmati hari ini bukan sesuatu yang diperoleh semudah menanam benih jagung di ladang, sebaliknya ia hasil daripada titisan darah serta nyawa pejuang-pejuang terdahulu. 

"Kami tidak pernah diminta disanjung, cuma apa yang kami mahu hanyalah keamanan dan kemerdekaan ini dapat dipertahankan sampai bila-bila,". 

Itulah harapan pesara polis, Sub Inspektor Abdul Razak Abdullah, 68, yang kali terakhir bertugas sebagai Ketua Polis Balai Pandamaran, Klang apabila ditanya tentang kemerdekaan yang dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. 

Pada tahun 1972, Abdul Razak menyertai Batalion 5 Pasukan Polis Hutan (PPH) Briged Tengah di Cheras, Kuala Lumpur yang terbabit secara langsung dalam usaha memerangi ancaman komunis yang begitu kuat di utara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 

Menurutnya, beliau memiliki kemahiran khusus untuk mematikan 'booby trap' (jerangkap samar) yang biasa dipasang oleh pihak komunis di dalam hutan khususnya di Gerik, Perak serta sempadan di antara Malaysia dan Thailand. 

"Ramai anggota kami yang maut serta cedera parah akibat terpijak jerangkap samar yang dipasang komunis. Malah, salah seorang rakan platun saya sendiri pernah menjadi mangsa akibat jerangkap samar yang dipasang oleh musuh di sempadan. 

"Saya telah berjaya mematikan lebih 10 buah jerangkap samar sebesar tin Milo yang dipasang musuh hasil daripada latihan yang diterima menggunakan bahan letupan hidup " katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Kastam, Klang baru-baru ini. 

Sumber: Utusan Malaysia

*Klik imej untuk bacaan yang lebih jelas

Razak Pakar Musnahkan Jerangkap Samar Komunis
ArticlePublished 02 Sep 2014 1.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM