Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rangka Pertama Dipercayai Mangsa Pemerdagangan Manusia Dikeluarkan Dari Hutan Wang Kelian

Published: 25 May 2015 12.49 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Wang Kelian, 25 Mei - Satu rangka manusia yang telah reput dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia dibawa keluar dari hutan Wang Kelian, petang ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rangka-pertama-dipercayai-mangsa-pemerdagangan-manusia-dikeluarkan-dari-hutan-wang-kelian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:14 MYT


Wang Kelian, 25 Mei - Satu rangka manusia yang telah reput dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia dibawa keluar dari hutan Wang Kelian, petang ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Rizani Che Ismail rangka itu ditemui anggota pasukan forensik polis di satu kubur berhampiran sebuah kem yang ditinggalkan.

"Mayat mangsa mungkin tidak sempat dikebumikan kerana mereka dipercayai tergesa-gesa meninggalkan kawasan kem," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata rangka tersebut yang dibawa keluar 3.45 petang dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Kedudukan kubur tempat rangka itu ditemui dalam hutan kira-kira 100 meter sahaja dengan sempadan Thailand dan permukaan muka bumi juga sukar didaki, mengambil masa hampir tiga jam untuk sampai dari tempat operasi kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Wang Kelian," kata Rizani.

Menurutnya usaha menggali kubur-kubur yang ditemui akan bermula esok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem haram yang dipercayai digunakan oleh sindiket pemerdagangan manusia di sebelah Malaysia di Wang Kelian.

- BERNAMA

ArticlePublished 25 May 2015 12.49 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM