Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rancang Serangan Bom Di Ibu Kota Pelajar Tingkatan Enam Antara Ditahan Polis

Published: 17 Oct 2017 2.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2017 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Fuzi Harun hari ini mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mematahkan cubaan melancarkan serangan bom di ibu kota oleh tiga lelaki tempatan termasuk seorang pelajar sekolah tingkatan enam pada 10 Oktober lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rancang-serangan-bom-di-ibu-kota-pelajar-tingkatan-enam-antara-ditahan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:18 MYT

RANCANG SERANGAN BOM DI IBU KOTA, PELAJAR TINGKATAN ENAM ANTARA DITAHAN POLIS

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2017 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Fuzi Harun hari ini mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mematahkan cubaan melancarkan serangan bom di ibu kota oleh tiga lelaki tempatan termasuk seorang pelajar sekolah tingkatan enam pada 10 Oktober lalu.

Kesemua mereka yang berusia diantara 19 sehingga 34 tahun itu ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman. Pelajar tingkatan enam di salah sebuah sekolah menengah di negeri Pantai Timur itu disyaki menjadi dalang utama untuk melancarkan serangan ke atas ‘The Better Beer Festival 2017’, pusat hiburan, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan rumah ibadat orang bukan Islam di Kuala Lumpur dan Selangor dengan menggunakan enam ‘Improvised Explosive Device’ (IED) yang dihasilkan sendiri.

Manakala dua yang lain pula masing-masing adalah bekas tentera dan kontraktor pembinaan didapati telah menguji salah sebuah IED yang dihasilkan di dalam sebuah daerah di Pantai Timur sehingga berjaya diletupkan.

Terdahulu, Tan Sri Fuzi yang mengumumkan kejayaan tersebut dalam satu sidang media khas di Dewan Theatrette, Bukit Aman telah mempamerkan bahan-bahan kes yang berjaya dirampas dalam operasi yang dilancarkan itu kepada pihak media.

Antaranya lapan biji bateri jenis AA, enam keraan paip PVC, dua buah telefon bimbit jenama Nokia, satu bungkusan mercun bola, satu bungkusan mengandungi karbait dan sumbu mercun bola, enam botol mengandungi gas, satu buku tulis dan sekeping kertas lukisan lakaran gambar menyerupai (IED) serta pelbagai peralatan menghasilkan (IED). Kesemua suspek yang ditahan kini disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan akan turut disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Tan Sri Dato’ Sri Fuzi Harun berucap semasa sidang mediaTan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun menunjukkan barang rampasan semasa sidang media. (2)Pasukan E8, Cawangan Khas PDRM.Antara barang bukti yang dipamerkan dalam sidang media.Antara Pegawai Kanan PDRM yang hadir dalam sidang media.
ArticlePublished 17 Oct 2017 2.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM