Pengedaran Dadah Bernilai RM32.2 Juta Kandas Hasil Maklumat Orang Ramai
Oleh: L/Kpl Irfan Bujang

YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman bersama barang rampasan..
BUKIT AMAN, 10 Ogos - Usaha berterusan PDRM dan bantuan maklumat orang ramai dalam mengekang kegiatan pengedaran dadah oleh warga asing daripada terus berleluasa di negara ini telah membuahkan kejayaan dengan tertangkapnya 21 individu bersama jumlah rampasan 122.68kg serbuk dadah, 65.07 liter cecair syabu, 630g heroin serta 1,600 biji pil yang mengandungi pseudoephederine di sekitar Lembah Klang dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang dijalankan pada 9 Ogos 2012.
Ahli-ahli sindiket ini tersiri daripada 14 lelaki dan seorang wanita warga Iran, seorang lelaki dan 2 wanita warga Uzbekistan, 2 wanita warga Filipina serta seorang lelaki berbangsa Cina tempatan dengan menjadikan kondo-kondo mewah yang disewa sebagai pusat kegiatan dadah mereka.
Operasi bermula dengan tangkapan 4 lelaki warga Iran di sebuah rumah kondo di Mount Kiara, Kuala Lumpur bersama rampasan 120.9kg serbuk dadah yang disorokkan di dalam 218 unit bekas canister dan dipercayai diseludup masuk dari luar negara serta 15.07 liter cecair syabu.
Di lokasi berlainan, tangkapan turut dilakukan ke atas 11 warga Iran, 3 warga Uzbekistan, 2 warga Filipina dan seorang lelaki tempatan bersama rampasan dadah 1.69kg serbuk dan 50 liter cecair syabu serta 630 gram heroin serta beberapa botol cecair kimia dan beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk memproses dadah.
Kesemua suspek berumur antara 22 hingga 54 tahun telah ditahan reman sehingga 16 Ogos 2012untuk siasatan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman semasa mengendalikan sidang media di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman.

botol-botol yang mengandungi cecair dadah..

antara rampasan dadah...

serbuk dadah yang disorokkan di dalam 218 unit bekas canister ...

antara dadah yang turut dirampas...

antara rampasan dadah...

YDH Pengarah JSJN menunjukkan kaedah-kaedah dan operasi sindiket dadah yang dilumpuhkan kepada wakl-wakil media.