Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rampas Dadah Rm5 2 Juta

Published: 06 Nov 2014 2.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Bharu, 6 November - Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dan mengedar dadah bernilai RM5.2 juta di negeri ini termasuk yang dibawa menggunakan kontena menerusi Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rampas-dadah-rm5-2-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:46 MYT
Johor Bharu, 6 November - Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dan mengedar dadah bernilai RM5.2 juta di negeri ini termasuk yang dibawa menggunakan kontena menerusi Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, di sini.

Kejayaan itu adalah hasil penahanan tiga lelaki dalam beberapa serbuan di bandar raya ini semalam, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata serbuan terhadap dua lelaki tempatan dan seorang lelaki rakyat Singapura itu dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura, bermula pukul 6 pagi.

Kesemua mereka kini direman selama seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Hasil siasatan mendapati kontena itu dibawa masuk dari Karachi, Pakistan melalui pelabuhan berkenaan dan diisytiharkan membawa serbuk soda untuk kegunaan membuat barangan kaca dan cermin.


Rampas Dadah Rm5 2 Juta

Sumber: Harian Metro
ArticlePublished 06 Nov 2014 2.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM