Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rakan Cop Sinambungan Nkra Dalam Penurunan Indeks Jenayah Di Johor

Published: 10 Jun 2014 6.58 AM Updated: 15 Aug 2026 6.29 PM
Ketua Polis Johor, YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar Bin Mohd Shariff berkata, program Rakan Cop diwujudkan sebagai satu langkah insentif Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mengurangkan statistik jenayah di ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rakan-cop-sinambungan-nkra-dalam-penurunan-indeks-jenayah-di-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:28 MYT

RAKAN COP - SINAMBUNGAN NKRA DALAM PENURUNAN INDEKS JENAYAH DI JOHOR

JOHOR BAHRU, 21 Disember 2010 - Ketua Polis Johor, YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar Bin Mohd Shariff berkata, program Rakan Cop diwujudkan sebagai satu langkah insentif Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mengurangkan statistik jenayah di negeri ini, juga sebagai usaha berterusan kerajaan semenjak NKRA (Keberhasilan Utama Negara) diperkenalkan.

YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar turut mengulas pelaksanaan Rakan Cop menuntut tanggungjawab serta kesedaran masyarakat tentang keselamatan dan ketenteraman awam diimplementasikan secara kolektif dan produktif.

Berucap semasa Majlis Penghargaan Rakan Cop Polis Johor di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru hari ini, beliau menjelaskan, Rakan Cop merupakan medium perantara untuk merapatkan jurang antara PDRM dan masyarakat sekaligus mengubah persepsi negatif umum terhadap bidang kuasa dan tugas PDRM semenjak kebelakangan ini.

Melalui program ini, masyarakat diberi pendedahan dan peluang untuk menjadi mata dan telinga PDRM dalam proses saluran maklumat dan pembanterasan jenayah sehingga ke peringkat maksimum. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Lee Chee Leong yang turut hadir untuk penyempurnaan majlis tersebut dalam ucapannya berkata, program ini bersesuaian dengan identitinya yang bersifat 'community oriented policing' dan 'smart partnership' di mana kerjasama masyarakat dengan PDRM menghasilkan keberkesanan institusi penguatkuasaan undang-undang dan meningkatkan ekspektasi masyarakat terhadap PDRM dalam pemantapan integrasi nasional.

Beliau turut menyeru masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) supaya tampil membantu PDRM dalam mencapai matlamat pengurangan statistik jenayah sekaligus meningkatkan pembangunan industri pelancongan di negeri ini.

SARJAN MEJAR SAZALI ABDUL SAMAD DILANTIK SEBAGAI IKON RAKAN COP POLIS JOHOR
 
Juara Bina Badan Mr. Universe 6 kali, Sarjan Mejar (SM) Sazali Abdul Samad telah dilantik sebagai ikon Rakan Cop Polis Johor pada hari ini berdasarkan semangat juang dan pencapaian beliau yang membanggakan dalam sukan bina badan di peringkat antarabangsa.

Harapan PDRM dengan perlantikan ini, semoga masyarakat di negeri Johor lebih mudah menjadikannya sebagai pendorong untuk melibatkan diri dalam program membudayakan semangat kepolisan kepada masyarakat sekaligus berganding bahu untuk bersama-sama dengan polis memerangi jenayah di negeri ini.

Sementara itu, turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDH SAC Dato' Abdul Samah bin Mat, Ketua Urusetia NKRA Bukit Aman yang mewakili Ketua Polis Negara dan jemputan-jemputan khas dari seluruh Johor.

Majlis bermula pada pukul 3 petang itu turut menyaksikan persembahan bina badan daripada SM Sazali Samad bersama 8 perantis bina badan PDRM dan penyerahan cenderahati serta anugerah Rakan Cop Cemerlang Polis Johor 2010 kepada 14 warga Johor yang telah banyak membantu pihak polis dalam memerangi dan mengurangkan kadar jenayah di negeri ini.

Rakan Cop Sinambungan Nkra Dalam Penurunan Indeks Jenayah Di Johor
ucapan daripada YB Dato' Lee Chee Leong...

Rakan Cop Sinambungan Nkra Dalam Penurunan Indeks Jenayah Di Johor
simbolik pelancaran Majlis Penghargaan Rakan Cop Polis Johor oleh YB Dato' Lee Chee Leong dan DCP Dato' Mohd Mokhtar, Ketua Polis Johor.

Rakan Cop Sinambungan Nkra Dalam Penurunan Indeks Jenayah Di Johor
gimik persembahan daripada Sarjan Mejar Sazali Samad...

Rakan Cop Sinambungan Nkra Dalam Penurunan Indeks Jenayah Di Johor
persembahan bina badan daripada anggota PDRM...

Rakan Cop Sinambungan Nkra Dalam Penurunan Indeks Jenayah Di Johor
barisan perantis Sukan Bina Badan PDRM...

Rakan Cop Sinambungan Nkra Dalam Penurunan Indeks Jenayah Di Johor
Perlantikan SM Sazali Samad sebagai ikon Rakan Cop Polis Johor..

Rakan Cop Sinambungan Nkra Dalam Penurunan Indeks Jenayah Di Johor
salah seorang Penerima Anugerah Rakan Cop Cemerlang Polis Johor 2010, Encik Chua Teck Boon dari Muar, Johor...

Rakan Cop Sinambungan Nkra Dalam Penurunan Indeks Jenayah Di Johor
upacara penyampaian cenderahati di antara KP Johor dan Timbalan Menteri Dalam Negeri 

Rakan Cop Sinambungan Nkra Dalam Penurunan Indeks Jenayah Di Johor
program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. 

Rakan Cop Sinambungan Nkra Dalam Penurunan Indeks Jenayah Di Johor
Anggota FRU menerangkan penggunaan alatan 'spike strip' kepada pengunjung.

Jurufoto   : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim
                 Konst Mohd Helmi bin Saadin
Wartawan  : L/Kpl Noor Azima
                 Konst Irfan bin Bujang
Penyunting : F29 Siti Fatimah bt Abdul Manan

ArticlePublished 10 Jun 2014 6.58 AMUpdated 15 Aug 2026 6.29 PM