Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Raja Permaisuri Agong Berkenan Bercemar Duli Majlis Santapan Malam Perkep Malaysia

Diterbitkan: 27 Nov 2023 10.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 27 November 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Santapan Malam Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/raja-permaisuri-agong-berkenan-bercemar-duli-majlis-santapan-malam-perkep-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:58 MYT
 
Kuala Lumpur, 27 November 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Santapan Malam Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, di sini, semalam.

Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong ke dewan utama telah disambut oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.

Puan Sri Zainah dalam ucapannya menzahirkan penghargaan ke atas keberangkatan Raja Permaisuri Agong ke majlis yang dianjurkan sekali gus memanifestasikan sifat kecintaan dan mesra Tunku terhadap rakyat, khususnya kepada keluarga Pasukan.

Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia), Datin Sri Normah Alwi dan Datin Setia Nik Roslini Raja Ismail, Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT) Angkatan Tentera Malaysia, Puan Sri Datin Seri Ramlah Dawi, isteri kepada Duta Besar Jepun ke Malaysia, Puan Takahashi Mami, Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Dalam Negeri, Datin Kamariah Abd. Rahman, Pengerusi Jemaah BAKAT Laut, Puan Sri Dr. Norinah Mustapha dan barisan Pengerusi PERKEP Jabatan serta Kontinjen.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.
 
 
ArtikelDiterbitkan 27 Nov 2023 10.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM