
Artikel
Posting Pilihan Kpn Hadir Ke Istiadat Sambutan Negara Dan Majlis Santapan Negara Sempena Lawatan Putera Monaco
Kuala Lumpur, 27 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Istiadat Sambutan Negara dan Majlis Santapan Negara meraikan Pu...
Kuala Lumpur, 27 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Istiadat Sambutan Negara dan Majlis Santapan Negara meraikan Putera Monaco, Yang Teramat Mulia Putera Albert II di Istana Negara, hari ini.
Keberangkatan Yang Teramat Mulia Putera Albert II di Istana Negara telah disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Allallah Sultan Iskandar Al-Haj .
Sumber: Jabatan Perdana Menteri