Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Raja Dadah Iran Antara Yang Diberkas

Published: 27 Oct 2014 8.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi oleh warga negara Iran yang juga merupakan raja dadah pada minggu lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/raja-dadah-iran-antara-yang-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:23 MYT

Kuala Lumpur, 27 Okt – Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi oleh warga negara Iran yang juga merupakan raja dadah pada minggu lepas.

Dalam enam serbuan berasingan sekitar ibu negara sejak Khamis lepas, pihak polis berjaya menahan sembilan suspek yang juga pengedar dadah dan turut merampas 9.5 kilogram syabu bernilai RM1.3 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua suspek berumur 22 hingga 60 tahun itu diberkas selepas polis menjalankan risikan selama sebulan ke atas sindiket terbabit. 

“Kami (polis) turut menahan seorang wanita tempatan dipercayai terbabit sama dan aktif dalam menjalankan kegiatan pengedaran dadah selain seorang warga Afrika yang juga keldai dadah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Tujuh buah kenderaan mewah, barang kemas dan wang tunai milik ahli sindiket yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta turut disita, “ katanya dalam satu sidang media yang dijalankan di Bukit Aman, pagi tadi.

Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Raja Dadah Iran Antara Yang Diberkas
Dadah-dadah yang berjaya dirampas..

Raja Dadah Iran Antara Yang Diberkas
Sidang media pada hari ini..

Raja Dadah Iran Antara Yang Diberkas
Pengarah JSJN, Dato' Sri Noor Rashid bin Ibrahim ketika sidang media pada hari ini..

Raja Dadah Iran Antara Yang Diberkas
Hasil-hasil rampasan dadah pada hari ini...

Raja Dadah Iran Antara Yang Diberkas
Kereta-kereta mewah yang dirampas...

Raja Dadah Iran Antara Yang Diberkas
Kereta-kereta mewah yang dirampas...

ArticlePublished 27 Oct 2014 8.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM