Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Raifal Menyerupai M14 Dirampas

Published: 18 Jun 2014 3.12 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Muar - Polis merampas sepucuk raifal menyerupai M14 yang sudah diubah suai serta dua senapang angin buatan sendiri selepas menyerbu sebuah bengkel membaiki motosikal di Jalan Haji Ahmad, Bakri, di sin..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/raifal-menyerupai-m14-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:15 MYT

Muar - Polis merampas sepucuk raifal menyerupai M14 yang sudah diubah suai serta dua senapang angin buatan sendiri selepas menyerbu sebuah bengkel membaiki motosikal di Jalan Haji Ahmad, Bakri, di sini, Selasa lalu.

Dalam serbuan pada jam 7 pagi itu, polis turut menahan seorang lelaki yang juga pemilik bengkel terbabit berusia 33 tahun.

Selain senjata, polis turut menemui dadah jenis syabu seberat 0.6 gram, seunit komputer riba, lapan enjin motosikal serta beberapa komponen jentera berkenaan yang sudah dileraikan.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 33 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1995 kerana memiliki barang curi. Berdasarkan dadah yang ditemui, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Seksyen 12 (2) akta yang sama.

Raifal Menyerupai M14 Dirampas
Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

ArticlePublished 18 Jun 2014 3.12 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM